Pengenalan MH-i

Introduksi

Sekitar hampir 500 000 orang pelajar yang sedang mengambil peperiksaan SPM termasuk STPM dan STAM pada tahun 2010 ini. Sebahagian daripada mereka akan mengikuti PLKN dan bekerja selepas menamatkan peperiksaan tersebut. Malah ada di kalangan mereka yang akan banyak meluangkan masa di rumah sahaja tanpa aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada diri mereka sementara ditawarkan untuk menyambung pelajaran mereka ke tempat persediaan, universiti atau setaraf dengannya.

Sepanjang tempoh tansisi ini, mereka sewajarnya dipersiapkan dengan pelbagai cabang ilmu demi mengukuhkan lagi persediaan sebelum melangkah ke alam mahasiswa yang jauh lebih mencabar. Pelajar Muslim yang bakal bergelar mahasiswa ini bukan sahaja perlu cemerlang dari segi intelek, sebaliknya turut mapan dari aspek kerohanian, akhlak, emosi dan jasmani seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang.